Polis tahan pengasas bersama syarikat penerbangan bergelar Datuk

Polis pada Selasa menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' serta isteri dan anak lelakinya. - Gambar hiasan
Polis pada Selasa menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' serta isteri dan anak lelakinya. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis pada Selasa menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

"Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang,” katanya kepada Bernama malam Selasa.

Beliau berkata, polis akan membuat permohonan reman esok. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!