'Siapa pun tak sangka kami menang' - Segrt

Petar Segrt
Petar Segrt
A
A
A

PENGENDALI Tajikistan, Petar Segrt percaya tiada siapa yang akan menyangka pasukannya mampu memenangi kejohanan Pestabola Merdeka menewaskan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa.

Menurutnya, kemenangan itu adalah hasil kerja berpasukan dan mereka berhak menjuarai kejohanan tersebut.

"Sesiapa pun tidak menyangka kami akan menang dan kami berhak menang perlawanan.

"Kami bermain tersusun dan berdisiplin sepanjang perlawanan. Ini kejayaan berpasukan dan bukan hasil seorang sahaja," katanya semasa sidang akhbar selepas perlawanan.

Sebelum ini, Segrt menjelaskan dia tidak dapat membawa 15 pemain utama dalam kejohanan ini selain purata pemain yang berada dalam pasukan adalah berumur 21 tahun.

Dalam perlawanan itu, gol pasukan di ranking ke-110 dunia itu dijaringkan oleh Soirov Rustam pada minit ke-44 dan Samiev Shahrom pada minit ke-88.

Ia menjadi kejuaraan Pestabola Merdeka pertama buat Tajikistan dalam penampilan sulung mereka pada kejohanan ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!