England lolos ke Euro 2024
NAIB juara Euro 2020, England layak ke pusingan akhir Euro 2024 selepas menewaskan penyandang juara Itali 3-1 dalam perlawanan Kumpulan C pada Rabu.
Biarpun begitu dalam perlawanan di Stadium Wembley itu, angkatan The Three Lions kendalian, Gareth Southgate terlebih dikejutkan penyandang juara Euro tersebut jaringan hasil sentuhan Gianluca Scamacca minit ke-15.
Namun kedudukan Gli Azzuri asuhan Luciano Spalletti tidak kekal lama apabila kapten England, Harry Kane memacu gol penyamaan hasil sepakan penalti pada minit ke-32 bagi mengikat perlawanan 1-1 pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, Marcus Rashford menambah lagi jaringan kali ini pada minit ke-57 sebelum Kane menoktah tiga mata Three Lions dengan gol ketiga minit ke-77.
Kemenangan itu menyaksikan England memimpin kumpulan dengan 16 mata diikuti Ukraine (13 mata), Itali (10 mata), Macedonia Utara (7 mata) dan Malta (0).
"Kelayakan tidak pernah mudah, kadangkala kami dijangka mudah ke temasya besar. Namun perlawanan hari ini kredit kepada semua pemain.
"Kami ketinggalan namun tetap tenang dan kami tahu sudah cukup miliki kekuatan untuk meraih kemenangan dan melakukannya.
"Saya suka menjaringkan gol di sini. Ini rumah kami. Kami telah menjadikannya kubu. Peminat menyukainya dan ia bagus untuk membalas kepercayaan itu. Seronok untuk menyelesaikannya dan penghargaan kepada semua yang terlibat," kata Kane.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!