Lelaki tampar bekas teman wanita

Video tular memaparkan insiden seorang lelaki menampar bekas teman wanitanya di dalam sebuah kereta.
Video tular memaparkan insiden seorang lelaki menampar bekas teman wanitanya di dalam sebuah kereta.
A
A
A

GOMBAK - Insiden seorang lelaki menampar bekas teman wanitanya di dalam sebuah kereta dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah terkesan satu video klip berdurasi 22 saat telah tular di laman sosial memaparkan kejadian itu.

"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian itu berlaku jam 6.30 petang, di sini, pada Isnin.

"Pengadu seorang wanita berusia 21 tahun mendakwa telah ditampar bekas teman lelakinya berusia 22 tahun, akibat perselisihan faham," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Noor Ariffin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 012-8819215 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!