Polis cekup lelaki samun remaja
JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat melakukan samun ke atas seorang remaja lelaki dalam sebuah lif di sini, Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan hasil serbuan di sebuah pangsapuri di sini pada Selasa.
“Polis telah menerima laporan berkaitan kejadian samun daripada seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berhubung kejadian samun dalam lif sebuah pangsapuri di sini, pada Ahad.
“Polis kemudiannya terkesan satu video berdurasi 32 saat yang dimuat naik pemilik akaun TikTok BOSS83 yang memaparkan kejadian seorang lelaki melakukan samun ke atas seorang remaja lelaki dalam lif seperti di pautan https://vt.tiktok/ZSN66aBmq/.
“Bertindak atas maklumat, ketua polis bali bersama anggota unit ronda sektor (URS) Balai Polis Majidee tleh membuat serbuan di sebuah pangsapuri dan berjaya menahan seorang lelaki selain merampas satu telefon bimbit, sehelai seluar jean dan sepasang kasut,” katanya.
Hasil semakan rekod lampau, suspek didapati mempunyai empat kes jenayah dan tiga kes dadah dan hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis morphine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!