Dana Kemanusiaan Palestin: McDonald's Malaysia sumbang RM1 juta

McDonald’s menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza dan memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas akibat konflik tersebut.
McDonald’s menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza dan memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas akibat konflik tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - McDonald's Malaysia menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin di bawah Jabatan Perdana Menteri.

McDonalds’s dalam satu kenyataan berkata, langkah itu adalah selaras dengan hasrat murni kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat.

“Usul berkenaan untuk memperuntukkan RM10 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin adalah sejajar dengan komitmen kami untuk menyokong mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.

“Krisis kemanusiaan yang semakin menekan di Gaza mengetengahkan kepentingan usaha ini. McDonald’s Malaysia berganding bahu bersama kerajaan dalam menyokong pendanaan ini dengan harapan supaya membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi masa yang sukar,” jelasnya pada Selasa.

McDonald’s memaklumkan, sumbangan itu menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza dan memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas akibat konflik tersebut.

“Bantuan ini meliputi perubatan, makanan, tempat tinggal, dan bantuan pemindahan sekiranya diperlukan oleh pasukan penyelamat. Komitmen kami tertumpu sepenuhnya kepada menyediakan keperluan asas kepada mereka yang dalam kesusahan.

“Kami yakin semangat kerjasama dapat membantu dalam masa yang genting ini. Selain sumbangan ini, McDonald's Malaysia juga menggalakkan pekerja-pekerja dari seluruh negara untuk menyertai usaha pengumpulan dana. Kami berharap usaha ini akan memberi impak yang bermakna dalam kehidupan mereka yang terkesan di Gaza,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!