Lebih 18,000 veteran ATM terima bantuan sara hidup - Mindef

Adly Zahari - Foto Bernama
Adly Zahari - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 18,786 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpencen dan tidak berpencen telah menerima bantuan sara hidup sebanyak RM300 sebulan dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM67.6 juta setakat ini.dewan

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, inisiatif berkenaan sebagai salah satu usaha untuk memastikan kebajikan warga veteran ATM sentiasa terpelihara, selain kementerian berusaha memperkasakan ekonomi veteran.

"Kita juga menyediakan sumbangan khairat kepada anggota dan tanggungan yang bernilai RM3,000 bagi veteran dan RM1,500 bagi keluarga. Setakat ini kita telah membelanjakan Sebanyak RM455,000.

"Bagi aspek kesihatan, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM103 juta bagi tujuan rawatan dan juga ubat-ubatan serta alat-alat yang terkait dengan perubatan.

"Bagi aspek perumahan, ada tiga inisiatif kita, pertama adalah pembinaan rumah baharu sebanyak 40 buah rumah, 170 bagi pembaikan dan juga satu anggota satu rumah, di mana kita memperuntukkan dari segi pembinaan rumah sasar ini 15 peratus diperuntukkan kepada anggota," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau menjawab soalan R Yuneswaran (PH-Segamat) meminta Menteri Pertahanan menyatakan skop pemerkasaan sedang dilaksanakan secara menyeluruh terhadap kebajikan dan kelangsungan hidup veteran angkatan tentera sama ada berpencen atau tidak berpencen, sejajar dengan penilaian semula menerusi Skim Perkhidmatan dan Persaraan Negara.

Menjawab lanjut, Adly berkata, Mindef melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) juga memberi tumpuan kepada pendidikan dengan setakat ini, sebanyak RM557,000 diperuntukan bagi bantuan di peringkat rendah dan sekolah menengah.

Selain itu, ujarnya sebanyak RM1,000 bantuan diberikan bagi peringkat diploma, manakala RM15,00 kepada anggota veteran yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

Artikel Berkaitan:

Menjawab soalan tambahan berhubung perbezaan amaun pencen antara veteran ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013 dan yang bersara mulai 1 Jan 2013 pula, Adly berkata, Mindef secara dasar menyerahkan kepada keputusan mahkamah.

Beliau menambah, isu berkaitan pencen telah berlarutan agak lama dan kerajaan sememangnya mengambil tanggungjawab dalam hal berkenaan. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!