Rusia sifatkan serangan ke atas hospital di Gaza sebagai jenayah perang
ANKARA - Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia, Dmitry Medvedev menyifatkan serangan Israel ke atas Hospital Al-Ahli Baptist di Gaza sebagai 'jenayah perang', lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata, pihak yang mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada peperangan itu dan tanpa berfikir panjang mengagihkan sejumlah besar wang untuk membekalkan senjata perlu bertanggungjawab atas perbuatan mereka.
Lebih 500 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas hospital itu pada Selasa, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!