Kerajaan Pusat, negeri laksana kerja pembaikan cerun di Bukit Jugra

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja-kerja pembaikan cerun susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Jugra akan dilaksanakan segera dengan kerjasama kerajaan negeri dan Pusat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya melalui agensi Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan awalan dengan menutup jalan berkuat kuasa pada Isnin.

“Ini selaras dengan Kempen MYJalan Kementerian Kerja Raya (KKR) yang berhasrat agar semua pihak bersama-sama menjaga, menyenggara, membaik pulih jalan raya ini kerana akhirnya semua golongan rakyat bakal memperolehi manfaatnya.

“Penyediaan papan tanda amaran dan pelan pengurusan trafik telah diaktifkan untuk mengawal keselamatan pengguna jalan raya bagi mengelakkan kerosakan serta hakisan tanah menjadi lebih teruk.

“Bagi tindakan jangka masa panjang, JKR Daerah Kuala Langat telah meminta pandangan dan khidmat nasihat Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) JKR Malaysia untuk aspek pembaikan lereng bukit serta melaksanakan kerja pembaikannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Majlis Perbandaran Kuala Langat memaklumkan bahawa pengguna jalan raya tidak dibenarkan memandu kenderaan naik ke Bukit Jugra berkuat kuasa pada 16 Oktober sehingga akhir tahun ini.

Tambah Alexander Nanta, kemalangan dapat dielakkan dengan sentiasa berwaspada terhadap papan tanda amaran, selain cakna dengan hebahan kejadian bencana di saluran media sosial rasmi kementerian dan agensi.

Jelasnya, semua pengguna perlu berhati-hati sewaktu memandu di kawasan cerun apath lagi Malaysia sedang berada dalam tempoh peralihan monsun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!