Perkongsian Siti Nurhaliza mengenai Palestin mula disekat

Siti menerusi Instastory miliknya memaklumkan perkongsiannya mengenai isu Palestin sudah mula disekat oleh pihak Instagram.
Siti menerusi Instastory miliknya memaklumkan perkongsiannya mengenai isu Palestin sudah mula disekat oleh pihak Instagram.
A
A
A

SEMENJAK bumi Gaza kembali berdarah, ramai selebriti dan pempengaruh popular menyatakan solidariti terhadap negara Palestin, termasuklah penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bahkan Siti juga giat membuka tabung kutipan buat penduduk Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa dan sentiasa berkongsi perkembangan di sana termasuklah sekolah yang dibina menerusi yayasan itu iaitu sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza.

Bagaimanapun pelantun Menyapa Dunia itu menerusi Instastory miliknya memaklumkan perkongsian mengenai isu Palestin sudah mula disekat oleh pihak Instagram.

"Posting saya mengenai Palestin di IG feed sudah mula kena block. Tak mengapa, usaha diteruskan," ujarnya yang turut meninggalkan pautan laman sesawang untuk orang ramai menderma kepada tabung bantuan khas Palestin.

Dalam hantaran berbeza, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi rasa terharu apabila banyak pihak termasuk rakan selebriti menyumbang ke Tabung Khas Palestin menerusi yayasannya.

Antara yang berbuat demikian adalah pasangan suami isteri, Aeril Zafril dan Wawa Zainal serta personaliti Indonesia, Shella Saukia.

"Ya ALLAH!!! Rasa nak menangis, ALLAH SWT kirimkan insan baik dan budiman. Kami bukan organisasi besar tapi usaha kami untuk terus membantu tak pernah padam.

"Terima kasih adik Wawa Zainal serta suami. Semoga terus menjadi inspirasi usahawan berjaya dunia akhirat," katanya yang turut berkongsi nilai yang didermakan Wawa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!