PPAS turut tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt

Tangkap layar platform X Amirudin pada Rabu. Amirudin (kiri).
Tangkap layar platform X Amirudin pada Rabu. Amirudin (kiri).
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023 yang dijadual berlangsung hari ini hingga 22 Oktober.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, keputusan tersebut dibuat PPAS selepas mengambil kira kenyataan rasmi daripada penganjur mengenai konflik Israel-Palestin.

“Pesta buku sepatutnya menjadi medan berkecuali dan tidak condong kepada mana-mana agenda politik tetapi sebaliknya perlu menyuburkan kesatuan dan keadilan dalam ekosistem industri buku,” katanya yang berkongsi kenyataan PPAS menerusi laman X pada Khamis.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas beberapa hari Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil tindakan membatalkan penyertaan mereka di pesta buku terbesar berkenaan.

Pada Selasa, Kementerian Pendidikan Malaysia turut mengumumkan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023 selepas penganjur menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel.

Menterinya Fadhlina Sidek dilaporkan media bekata, kementerian tidak akan sesekali bertolak ansur terhadap keganasan Israel yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Keputusan serupa dengan alasan yang sama turut diambil Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!