Dalang serangan hospital di Gaza perlu dihukum - Presiden Palestin

Keadaan sebuah hospital di Gaza selepas dibom. Foto: AFP
Keadaan sebuah hospital di Gaza selepas dibom. Foto: AFP
A
A
A

RAMALLAH - Insiden pengeboman sebuah hospital di Gaza merupakan malapetaka besar dan jenayah perang yang kejam dan dalangnya perlu dipertanggungjawabkan dan dihukum, kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Mahmoud Abbas yang memendekkan lawatannya ke Jordan berkata, tindakan Israel itu sudah melampau.

"Kami akan pastikan perbuatan itu tidak terlepas daripada hukuman.

"Berikutan malapetaka itu, saya memendekkan lawatan dan kembali ke tanah air untuk bersama rakyat yang sedang dilanda kesukaran...saya, serta pemimpin Jordan dan Mesir bersetuju membatalkan sidang kemuncak yang dijadualkan berlangsung di Amman pada (Rabu) bersama Presiden Amerika Syarikat Joe Biden,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat tergempar.

Beliau menggesa supaya menguatkan barisan dan bersatu, tidak berganjak daripada pendirian dan tidak terjerumus ke dalam perselisihan yang akan memberi manfaat kepada musuh rakyat Palestin meraih manfaat.

Presiden menegaskan bahawa pencerobohan terhadap rakyat mesti dihentikan dan masyarakat antarabangsa memastikan occupation government dipertanggungjawabkan, selain menyediakan perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin, lapor WAFA.

"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menghentikan pertumpahan darah di Gaza dan di Tebing Barat.

”Kami mahu perang ini dihentikan. Majlis Keselamatan perlu memikul tanggungjawab dan mengambil inisiatif untuk mengeluarkan resolusi yang mengutuk jenayah itu dan menghentikan segera keganasan," kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Mahmoud Abbas berkata, rancangan Israel untuk memindahkan penduduk dari tanah air mereka sendiri tidak akan berjaya dan akan terus menentang dengan apa jua cara.

Beliau menyanjung perjuangan penduduk di Semenanjung Gaza dan tindakan Israel untuk menghalau mereka tidak akan berhasil 'kami tidak akan menyerah kalah'.

Sementara itu, WAFA melaporkan wilayah Palestin akan berkabung selama tiga hari sebagai memperingati ratusan nyawa yang terkorban dalam insiden pengeboman itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!