Lelaki separuh bogel mengamuk pecah patung kuil ditahan

Patung sebuah kuil di Matang, Taiping mengalami kerosakan dalam kejadian seorang lelaki menceroboh dan mengamuk pada pagi Rabu.
Patung sebuah kuil di Matang, Taiping mengalami kerosakan dalam kejadian seorang lelaki menceroboh dan mengamuk pada pagi Rabu.
A
A
A

TAIPING - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk memecahkan patung milik sebuah kuil di Matang dekat sini pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 9. 01 pagi itu, suspek berusia 23 tahun yang dalam keadaan separuh bogel bertindak agresif memecahkan sebuah patung menggunakan tukul besi.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, saksi melihat suspek hanya memakai seluar dalam bertindak di luar kawalan hingga menolak seorang mangsa yang cuba menenangkannya.

"Bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat terhadap suspek di rumahnya di Matang dan merampas dua tukul besi dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

"Ujian saringan air kencing mendapati suspek juga positif dadah jenis ganja. Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Taiping untuk melengkapkan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, kejadian itu menyebabkan pihak kuil mengalami kerugian sekitar RM30,000 dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini agar tidak mendatangkan kegusaran kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!