Belanjawan 2024: Peruntukan besar, tapi sederhana
BERITA MOJO 18 OKTOBER 2024
Belanjawan 2024 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu disifatkan antara perbelanjaan terbesar, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata rakyat mengakui walaupun jumlah itu agak besar namun ia dilihat berkonsep sederhana dalam mendepani pertumbuhan ekonomi tidak menentu ketika ini.
Seorang usahawan, Ahmad Fadhli Mohamad Sukardi, 36, berkata, secara keseluruhan belanjawan itu dilihat meliputi semua aspek berkait perkara-perkara penting seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya walaupun 'kurang' cemerlang.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian