Tampar bekas teman wanita: UIAM serah kepada pihak berkuasa

Tangkap layar video klip berdurasi 22 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki melakukan kekerasan seperti menampar bekas teman wanitanya.
Tangkap layar video klip berdurasi 22 saat yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki melakukan kekerasan seperti menampar bekas teman wanitanya.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung insiden pelajar lelaki melakukan kekerasan terhadap pasangannya seperti yang tular di media sosial.

Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi universiti itu berkata, hasil siasatan awal daripada polis bantuan universiti tersebut mendapati penuntut berkenaan mempunyai masalah peribadi yang menjadi punca berlakunya perbalahan.

“Sebelum ini, polis bantuan telah diarahkan untuk mengambil keterangan kedua-dua pelajar yang menuntut di UIAM Kampus Gombak dan mereka sudah pun memberi keterangan bagi siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu video klip berdurasi 22 saat tular di media sosial memaparkan kejadian seorang lelaki melakukan kekerasan seperti menampar bekas teman wanitanya.

Dalam pada itu, menurut kenyataan universiti tersebut, pihaknya akan memastikan kesejahteraan dan keselamatan warga kampus menjadi keutamaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!