AS, Israel 'sama-sama buta hati'

Gambar satelit dikeluarkan Maxar Technologies menunjukkan keadaan selepas serangan dahsyat ke atas Hospital al-Ahli Arab di Bandar Gaza. - Foto AFP
Gambar satelit dikeluarkan Maxar Technologies menunjukkan keadaan selepas serangan dahsyat ke atas Hospital al-Ahli Arab di Bandar Gaza. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Laporan risikan Amerika Syarikat (AS) cuba melindungi kekejaman rejim Zionis apabila ia menyatakan Israel tidak boleh dipersalahkan atas kejadian serangan ganas di Hospital al-Ahli Arab di Genting Gaza, menurut Rumah Putih pada Rabu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Presiden Joe Biden mendakwa kejadian tersebut berpunca daripada 'roket sesat' dilancarkan pejuang Palestin.

"Israel tidak bertanggungjawab atas kejadian itu. Kami akan terus mengumpulkan data dan melakukan penilaian semasa berdasarkan analisis imej atas serta sumber maklumat terbuka," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Adrienne Watson.

Ketika konflik Hamas-rejiim Zionis semakin meruncing, Biden bertindak mengadakan lawatan singkat kononnya sebagai simbol solidariti dengan sekutu kuatnya itu.

Pemimpin itu bagaimanapun 'mempertahankan' Tel Aviv ketika komuniti antarabangsa mengecam kezaliman rejim Zionis yang disifatkan melampau kerana menyasarkan kemudahan kesihatan di wilayah Gaza.

"Penilaian tersebut berdasarkan data yang ditunjukkan oleh Jabatan Pertahanan AS," katanya.

Sebelum ini, rejim Zionis turut menuding jari menyalahkan kumpulan Jihad Islam yang tersilap menembak roket hingga menyebabkan letupan dahsyat di hospital berkenaan dan meragut hampir 500 nyawa. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!