Isu 3R: Kerajaan tak boleh buat peraturan tanpa penjelasan sebenar

Tuan Ibrahim. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Tuan Ibrahim. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM – Kerajaan tidak boleh membuat sebarang peraturan tanpa penjelasan sebenar berhubung isu agama, raja dan kaum (3R).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sesuatu peraturan yang dibuat bukan hanya keluar pada mulut pemimpin untuk dijadikan undang-undang tetapi mesti melalui proses penggubalan undang-undang.

Menurutnya, ini kerana akan ada pihak yang mengambil kesempatan menyalahgunakan larangan tersebut.

“Isu ini tiba-tiba sahaja timbul menjelang pilihan raya lalu, kita dilarang menyentuh perkara sebagai 3R dan disebabkan itu ramai telah ditahan, disiasat, kononnya menyentuh isu 3R,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas ke -64 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini pada Rabu.

Tuan Ibrahim (tengah) merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas ke -64 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini pada Rabu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Tuan Ibrahim (tengah) merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas ke -64 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini pada Rabu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Jelasnya, jika orang Islam tak boleh bercakap tentang agama Islam, maka siapa lagi yang boleh bercakap mengenainya.

"Apakah orang Melayu di negara ini sudah tidak boleh berbicara tentang nasib bangsa kita,.

Artikel Berkaitan:

“Maka kita kena jelas, kerajaan tak boleh hanya melontar larangan 3R tanpa penjelasan sebenar, nanti ada pihak akan ambil kesempatan guna larangan tersebut khusus kepada pembangkang.

Bagaimanapun, beliau mendakwa apabila parti pemerintah menyentuh isu ini, tiada tindakan dilakukan dan ini menyebabkan rakyat melihat tidak ada keadilan dalam negara.

“Jadi kita gesa supaya satu peraturan diwujudkan namun ada batas sempadannya dan kita akui Pas sebagai parti lama yang terima kepelbagaian kaum.

“Pas, Bersatu, Gerakan mendukong hasrat tersebut namun hendaklah kita jelas bahawa isu dilarang dan perkara merugikan kita, jadi sama-samalah berusaha memelihara dan menjaganya semuanya,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!