Ireland salur RM65.5 juta kepada rakyat Palestin

Aktivis pro-Palestin berarak di Dublin menuntut penindasan Israel di wilayah itu dihentikan. - Foto Agensi
Aktivis pro-Palestin berarak di Dublin menuntut penindasan Israel di wilayah itu dihentikan. - Foto Agensi
A
A
A

DUBLIN - Kerajaan Ireland pada Rabu mengumumkan pakej bantuan kemanusiaan segera sebanyak 13 juta euro (RM65.5 juta) kepada rakyat Palestin.

Menteri Luar Negeri, Michael Martin dalam satu kenyataan berkata, pakej tersebut diumumkan bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin terutamaya di Genting Gaza yang dibedil rejim Zionis.

Difahamkan, dana tersebut hampir menggandakan bajet bantuan Ireland kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyokong rakyat Palestin yang pada mulanya ditetapkan pada jumlah 16 juta euro (kira-kira RM80 juta) untuk tahun ini.

Penduduk Gaza menghadapi kekurangan bekalan yang teruk kerana wilayah itu dikepung sepenuhnya oleh Israel susulan perang antara Hamas dan rejim zionis itu sejak 7 Oktober lalu.

Hampir 3,000 penduduk Gaza maut dan sekitar 9,700 lagi cedera selepas Israel melancarkan serangan balas terhadap Hamas. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!