Sultan Selangor berkenan rasmi Hari Terbuka IMR

Sultan Sharafuddin (dua dari kiri) berkenan merasmikan Hari Terbuka IMR Institut Kesihatan Negara di Setia Alam.
Sultan Sharafuddin (dua dari kiri) berkenan merasmikan Hari Terbuka IMR Institut Kesihatan Negara di Setia Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Hari Terbuka Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Institut Kesihatan Negara di Setia Alam di sini pada Khamis.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Haris Kasim, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin.

Sultan Sharafuddin pada majlis itu berkenan menandatangani plak perasmian serta kemudiannya turut berkenan melawat rerurai di tapak pameran.

Sementara itu, Dr Zaliha ketika berucap berkata, selama bertahun-tahun, IMR menjadi tempat kecemerlangan dalam pelbagai bidang penyelidikan perubatan.

Menurutnya, pada 2022, IMR menjalankan 183 projek penyelidikan, 373 pembentangan hasil penyelidikan dan 148 buah penerbitan dan 135 daripadanya di peringkat antarabangsa.

"Selain daripada penyelidikan, IMR turut menjalankan khidmat diagnostik bagi mengenal pasti penyakit atau keadaan kesihatan melalui penggunaan ujian, pengujian, dan prosedur yang sesuai.

Artikel Berkaitan:

Sultan Sharafuddin (tiga dari kanan) berkenan melawat reurai di tapak pameran.
Sultan Sharafuddin (tiga dari kanan) berkenan melawat reurai di tapak pameran.

"Secara purata, IMR telah menjalankan kira-kira 300,000 ujian diagnostik khusus setiap tahun.

"Salah satu contoh kejayaan patut dibanggakan adalah pencapaian dalam penyelidikan mengenai Wolbachia, di bawah pimpinan Pakar Penyelidik Entomologi Perubatan, IMR, Dr. Nazni Wasi Ahmad," katanya.

Beliau berkata, IMR juga tidak ketinggalan dalam menjalankan usaha penyelidikan kolaboratif dalam penyelidikan kesihatan kardiovaskular bersama University of Cambridge, United Kingdom (UK) dan 17 hospital di Malaysia.

"Selain itu, IMR turut memainkan peranan penting dalam penyelidikan dan pengembangan dalam bidang herba dan perubatan tradisional," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!