Alasan buang 'pendamping', bomoh mengaku cabul pelajar di semak

Zemi (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Melaka pada Khamis.
Zemi (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Melaka pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Seorang bomoh lelaki yang juga jurulatih Muay Thai mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan mencabul seorang pelajar perempuan dengan alasan untuk membuang 'pendamping'.

Hakim bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Zemi Rahim, 50, pada 3 November depan bagi menunggu laporan penuh fakta kes daripada pihak pendakwaan.

Berdasarkan kesemua empat pertuduhan, Zemi didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan dua bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di kawasan semak di Jalan Taman Malim Jaya dan perindustrian berdekatan sebuah pasar raya di Cheng di sini, antara September hingga 9 Oktober lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan mangsa dicabul dan dirogol sebanyak empat kali oleh seorang bomoh yang mendakwa terdapat pendamping badan mangsa.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 50 tahun dan bekerja sebagai jurulatih Muay Thai datang ke rumah mangsa yang merupakan anak bongsu tiga beradik pada Ogos lalu bagi merawat ibu saudara mangsa yang dipercayai mengalami gangguan sihir.

Artikel Berkaitan:

Namun menurutnya, setelah melihat mangsa, suspek yang mendakwa mempunyai kepakaran dalam perubatan tradisional memberitahu kepada ibu mangsa berusia 48 tahun untuk mengubati mangsa yang terdapat pendamping pada badan mangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!