Jerebu: Klang kekal catat IPU tidak sihat setakat jam 4 petang ini

Klang di Selangor kekal mencatatkan IPU tidak sihat setakat jam 4 petang ini dengan bacaan 155. - Foto Bernama
Klang di Selangor kekal mencatatkan IPU tidak sihat setakat jam 4 petang ini dengan bacaan 155. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Klang di Selangor kekal mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 4 petang ini dengan bacaan 155.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, sejumlah 51 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100) manakala 16 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!