Myvi lari 'makan tak bayar' guna nombor plat palsu

Kejadian yang tular di media sosial X memaparkan seorang penunggang motosikal mengejar Perodua Myvi yang didakwa tidak bayar makanan. Gambar kecil: Mohd Zaid
Kejadian yang tular di media sosial X memaparkan seorang penunggang motosikal mengejar Perodua Myvi yang didakwa tidak bayar makanan. Gambar kecil: Mohd Zaid
A
A
A

KAJANG - Polis minta mangsa atau mana-mana individu untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kes tular di media sosial memaparkan penunggang motosikal mengejar kereta dengan mengeluarkan kata 'makan tak bayar'.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, Selasa, di sebuah gerai makanan tepi jalan di Kampung Jambu, Kajang.

Menurutnya, tiada sebarang repot polis diterima daripada mana-mana pihak berkaitan kejadian sehingga kini.

"Semakan nombor pendaftaran kereta terbabit sebagai mana dalam video tular tersebut mendapati nombor pendaftaran adalah palsu.

"Mangsa atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Somasurehsan Munusamy di talian 016-4915193 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum itu, video kejadian itu dikesan telah tular sejak Rabu di media sosial X.

Rakaman video itu memaparkan sebuah Perodua Myvi dipandu secara melulu dan sedang dikejar seorang penunggang motosikal yang mengeluarkan kata-kata ‘makan tak bayar’.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!