Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Badan kehakiman terus berfungsi tanpa takut atau pilih kasih - Ketua Hakim Negara

19 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BULETIN SEMASA 19 OKTOBER 2023

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, memberi jaminan badan kehakiman Malaysia melalui prinsip kedaulatan undang-undang yang disokong ASEAN, akan terus melaksanakan fungsinya tanpa rasa takut atau pilih kasih terhadap mana-mana pihak tertentu.

Tengku Maimun juga Presiden Persatuan Undang-Undang ASEAN Malaysia berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya dengan prinsip itu dan sokongan Perdana Menteri menunjukkan bagaimana eksekutif serta badan kehakiman boleh terus melaksanakan fungsi mereka secara bebas, selain memberi sokongan jika diperlukan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen