Bendera hitam simbol panggilan perang?

Sehingga kini, masih tidak jelas tarikh sebenar foto ini diambil atau adakah ia gambar lama. - Foto Agensi
Sehingga kini, masih tidak jelas tarikh sebenar foto ini diambil atau adakah ia gambar lama. - Foto Agensi
A
A
A

TEHERAN - Ketika perang Palestin-Israel semakin rancak, sebuah foto memaparkan bendera hitam dikibarkan di atas Kompleks Makam Imam Reza di Iran menjadi bualan hangat di platform media sosial sejak Rabu.

Gambar itu turut dikongsi secara meluas oleh netizen yang melihat ia sebagai simbol 'panggilan perang' setelah Teheran beberapa kali memberi amaran mahu bertindak menentang rejim Zionis jika terdapat keperluan mendesak.

Bagaimanapun, dakwaan itu dikatakan tidak benar sama sekali.

Bendera hitam didakwa sebagai simbol perkabungan dan ia bukanlah pertama kali dikibarkan di struktur tersebut.

Beberapa pengguna cuba memberi penjelasan dengan menyatakan bendera hitam dikibarkan pada setiap bulan Muharam untuk memperingati hari tragis, cucu Rasulullah, Husain Ali yang gugur syahid di medan perang di Karbala.

"Ia sememangnya simbol untuk berkabung," jelas seorang pengguna.

Gambar itu bagaimanapun mendapat perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai spekulasi kerana pendirian tegas Iran yang bermati-matian mempertahankan dan menyokong Palestin setelah insiden serangan ganas ke atas Hospital al-Ahli Arab di Gaza yang meragut hampir 500 nyawa pada Selasa. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!