Ringgit diunjur dalam julat 4.40 hingga 4.70 tahun depan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT diunjurkan berada dalam julat 4.40 hingga 4.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun depan, disokong oleh inisiatif Belanjawan 2024, menurut RHB Investment Bank Bhd.

Bank pelaburan itu menjelaskan analisis kuantitatif menunjukkan ringgit akan meraih manfaat daripada kadar faedah bertumpuan Malaysia, perdagangan serta matriks fiskal, dan pada masa sama diseret oleh harga minyak mentah yang berpotensi rendah dan hutang awam lebih tinggi.

"Ringgit dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah seawal suku pertama 2024 iaitu kira-kira 4.6 hingga 4.7 berbanding dolar AS pada suku pertama 2024.

"Ini berikutan Kadar Dana Persekutuan yang tinggi pada suku keempat 2023 dan tingkah laku pembelian bagi menampung kekurangan memandangkan keadaan makroekonomi bertumpuan Malaysia menjadi lebih baik pada separuh pertama 2024,” jelasnya dalam nota penyelidikan pada Khamis.

RHB Investment menambah bahawa mata wang tempatan akan disokong oleh imbangan akaun semasa dan akaun fiskal yang semakin positif pada 2024, manakala pemulihan FTSE Bursa Malaysia KLCI dan dolar AS lebih rendah akan memberi dorongan kepada ringgit.

Tekanan terhadap ringgit boleh dianggap daripada potensi keadaan mendatar yang dialami harga minyak mentah Brent selain hutang awam negara yang lebih tinggi pada 2024, menurutnya.

Bank pelaburan itu kekal positif terhadap ringgit pada 2024 berdasarkan unjurannya ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang berkembang sebanyak 4.6 peratus dengan imbangan risiko condong ke arah baik.

"Walaupun berlaku kelembapan eksport berdasarkan data terkini, kami menjangkakan penunjuk frekuensi tinggi Malaysia menghadapi luaran (terutama perdagangan dan pembuatan) akan disokong pada 2024 apabila kaadaan perdagangan bertambah baik,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, RHB Investment menjelaskan Belanjawan 2024 juga akan positif bagi KDNK dan ekuiti, sementara berkemungkinan mendesak tekanan inflasi meningkat. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!