Argentina intai kejutan ke atas All Blacks
ARGENTINA membuat hanya satu pertukaran pemain daripada skuad yang mengejutkan Wales pada suku akhir ragbi Piala Dunia 2023 menjelang aksi berdepan New Zealand di Paris pada Sabtu.
Malah pengendali Argentina, Michael Cheika mengekalkan kepercayaan dengan seluruh pasukan utama dan bangku simpanan yang menewaskan Wales 29-17 dalam pertembungan di Marseille, termasuk satu lagi permulaan untuk Santiago Carreras di posisi flyhalf.
Pengendali berusia 56 tahun itu memilih Gonzalo Bertranou di scrum-half dengan mengetepikan Tomas Cubelli daripada skuad 23 pemain.
Argentina diketuai Julian Montoya memenangi empat perlawanan terakhir berturut-turut sejak kekalahan 10-27 aksi pembukaan kepada England, satu pencapaian yang tidak pernah raih sejak Piala Dunia 2015.
“New Zealand sentiasa menjadi contoh dalam ragbi sebagai penanda aras. Mereka membuatkan anda memikirkan kemahiran tahap tinggi dalam permainan benar-benar terbuka tetapi sentiasa ada ancaman dalam barisan mereka.
“Namun kami mahu memberi inspirasi bukan sahaja dengan keputusan tetapi dengan cita-cita dengan keupayaan untuk bangkit dan mengatasi halangan.
“Untuk memberi inspirasi bukan tentang hasil, tidak, ia mengenai tingkah laku kita secara umum, keupayaan pasukan untuk bersedia untuk kembali dari masa sukar dan merebut peluang kita dan kami tidak mahu menyesal,” kata Cheika.
RAGBI PIALA DUNIA PERANCIS 2023
Separuh Akhir
SABTU (21 OKTOBER)
Argentina lwn New Zealand, 3 pagi
AHAD (22 OKTOBER)
England lwn Afrika Selatan, 3 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!