Himpunan Solidariti Palestin di Kedutaan AS Jumaat depan

Afnan Hamimi (barisan depan, tiga dari kiri) bersama barisan kepimpinan Pemuda Pas baharu dalam sidang media pada Khamis. - Foto Sinar Harian/Mohd Rafiq Redzuan Hamzah
Afnan Hamimi (barisan depan, tiga dari kiri) bersama barisan kepimpinan Pemuda Pas baharu dalam sidang media pada Khamis. - Foto Sinar Harian/Mohd Rafiq Redzuan Hamzah
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pemuda Pas sekali lagi akan mengadakan himpunan aman bagi menyatakan soladiriti terhadap rakyat Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kuala Lumpur pada Jumaat depan.

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, himpunan yang diadakan selepas Solat Jumaat itu bertujuan bagi menyampaikan mesej lebih jelas menentang kezaliman tentera Israel terhadap rakyat Palestin.

"Minggu depan pada Jumaat, kita akan mengadakan himpunan yang kedua selepas himpunan pertama di Masjid Negara yang telah pun kita buat sebelum ini kerana kita tengok apa yang berlaku ke atas Palestin itu nampaknya semakin mengganas.

"Kita dapati Israel dan konco-konconya itu tidak memahami mesej yang kita hantar, jadi kita nak hantar mesej yang lebih jelas, dengan kita berhimpun di hadapan Kedutaan AS selepas Solat Jumaat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Dewan Pemuda Pas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada Khamis.

Menurut Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar, himpunan tersebut dijangka akan mengumpulkan seramai 5,000 peserta.

"Maklumat terperinci kita akan umum nanti, ini baru lontaran awal jadi perincian teknikal kita akan umum dari masa ke semasa.

"Saya menyeru semua umat Islam dan bukan Islam yang membantah kezaliman Israel untuk sama-sama bersoladiriti pada hari berkenaan seperti mana kita berhimpun ramai-ramai di Masjid Negara," menurutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!