#QuranHour For Gaza Ahad ini

Program #QuranHour For Gaza diadakan bagi mengembalikan fokus umat Islam dan bukan Islam untuk memahami nilai surah dalam al-Quran mengenai isu kemanusiaan yang berlaku antara Palestin-Israel.
Program #QuranHour For Gaza diadakan bagi mengembalikan fokus umat Islam dan bukan Islam untuk memahami nilai surah dalam al-Quran mengenai isu kemanusiaan yang berlaku antara Palestin-Israel.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Islam (WUIF) dengan kerjasama MyAqsa Defenders menganjurkan Program #QuranHour For Gaza pada Ahad ini bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai konflik di Semenanjung Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program yang bakal berlangsung di Dataran Kumpulan Karangkraf itu diadakan bertujuan mengembalikan fokus umat Islam dan bukan Islam untuk memahami nilai surah dalam al-Quran mengenai isu kemanusiaan yang berlaku antara Palestin dengan Israel.

Marhaini
Marhaini

“Kita memang yakin dengan qada dan qadar, namun masih perlu berusaha dari segi persiapan mental dan rohani jika berlaku keadaan seperti ini terhadap diri sendiri atau keluarga,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sehubungan itu, Marhaini menjemput orang ramai termasuk yang berlainan agama dan bangsa untuk menyertai program ini dengan membawa tafsiran al-Quran masing-masing.

“WUIF mengambil tanggungjawab dengan melaksanakan program itu supaya orang ramai lebih tenang apabila berdepan dengan sesuatu krisis yang melibatkan isu kemanusiaan.

“Maklumat dan ilmu yang disampaikan nanti berdasarkan Surah Al-Insan serta Surah Musabbihat yang mana dapat membawa umat Islam kembali mengingati bukti keagungan ALLAH SWT dalam penciptaan manusia.

“Sebenarnya kita disatukan dengan isu agama dan kemanusiaan yang berlaku sekarang, jadi semua orang dijemput hadir ke program itu supaya dapat mengetahui lebih lanjut mengenai surah ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Marhaini, orang ramai boleh mula berkumpul pada jam 8 pagi untuk persiapan acara yang akan bersiaran secara langsung menerusi TV AlHijrah pada 8.30 pagi selama satu jam.

“Program tersebut akan disiarkan secara langsung di Facebook dan semua platform Sinar Harian serta Quran Hour.

“Bagi mereka yang tidak dapat turut serta di sini (Dataran Karangkraf) boleh berkumpul di masjid atau surau berdekatan kediaman masing-masing. Walaupun jauh, namun maklumat yang diterima adalah sama,” ulasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!