'Beautiful Xinjiang' bawa penonton 'terbang' ke China

Antara persembahan oleh Kumpulan Xinjiang Song And Dance Ensemble Of Art Theatre yang memukau kira-kira 1,000 penonton di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) Sabtu lalu sempena mengakhiri siri jelajah rombongan kebudayaan Uygur Xinjiang, China. - FOTO ZAHID IZZANI
Antara persembahan oleh Kumpulan Xinjiang Song And Dance Ensemble Of Art Theatre yang memukau kira-kira 1,000 penonton di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) Sabtu lalu sempena mengakhiri siri jelajah rombongan kebudayaan Uygur Xinjiang, China. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

BANGI - Persembahan kebudayaan 'Beautiful Xinjiang' mengakhiri siri jelajah rombongan kebudayaan Uygur Xinjiang, China di negara ini bersempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Kira-kira 1,000 penonton yang hadir pada acara di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) pada Sabtu lalu bagaikan terpukau menyaksikan persembahan yang didatangkan khas dari bahagian barat negara itu.

Sebanyak 14 persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian oleh seniman dan seniwati popular dari Kumpulan Xinjiang Song And Dance Ensemble Of Art Theatre dipersembahkan dalam acara berlangsung selama kira-kira tiga jam itu.

Antara yang dipersembahkan termasuk tarian, lagu, akrobatik, instrumental dan lain-lain.

No Image Caption

Persembahan 'Beautiful Xinjiang' ini dibawakan oleh Kedutaan China di Malaysia dan disokong oleh Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Xinjiang untuk memberikan persembahan kepelbagaian etnik selama tujuh hari di Malaysia.

Jurucakap Kedutaan China di Malaysia, Tang Tang berkata, 'Beautiful Xinjiang' dipilih sebagai salah satu usaha mengetengahkan Xinjiang sebagai destinasi pelancongan Muslim.

Menurutnya, ia juga sebagai rangka promosi menggalakkan rakyat Malaysia mengenali sisi indah Xinjiang dengan lebih dekat.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Hubungan Malaysia-China sangat dekat bukan sahaja dari segi geografi tetapi juga ekonomi. China boleh menjadi destinasi pelancongan yang pelbagai kerana banyak perkara boleh didapati di China.

"Sebelum ini Xinjiang hanya dilihat melalui gambar dan digambarkan seperti lokasi yang ketinggalan. Tapi apabila kita pergi baru nampak keindahan panoramanya yang cantik, makanan sedap malah masyarakat di sana juga beranggapan daging kambing mereka adalah yang terbaik di dunia.

"Daripada segi kos juga ia lebih mampu milik berbanding lokasi lain di China," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas acara itu.

Sementara itu, salah seorang penonton, Safirah Damia Soufe, 26 mengakui teruja dengan persembahan 'Beautiful Xinjiang' yang membawa penonton mengenali kepelbagaian etnik yang ada di sana.

No Image Caption

"Persembahan yang sangat indah apabila kita dapat tahu apa etnik yang ada di Xinjiang. Kita dapat lihat ia lebih kepada budaya islamik. Dengan adanya acara macam ni ia sangat bagus sebagai satu pendedahan yang baru buat saya," katanya.

Seorang lagi penonton, Nurul Syahirah Hanum Muhammad Hanafi, 26, turut senada dan menyifatkan pengalaman pertama menyaksikan persembahan daripada penari profesional memberi idea baharu untuk didedahkan di peringkat sekolah.

"Saya dari sekolah persendirian. Ini pengalaman baru bagi saya. Sebelum ini mungkin ada pernah nampak tapi tidak secara formal begini kerana ini dari penari profesional," katanya.

Pada 17 Disember lalu rombongan persembahan telah membawakan pertunjukan pertama sempena 'Hari Kebudayaan China' Universiti Teknologi Mara (UiTM) manakala pada 19 Disember, persembahan khas telah diadakan di Kuantan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!