Anugerah MTV dibatalkan, hormati perang Palestin-Israel

Anugerah MTV EMA 2022 yang diadakan di Dusseldorf, Jerman bersama hos Taika Waititi (kiri) dan Rita Ora. - Foto AP
Anugerah MTV EMA 2022 yang diadakan di Dusseldorf, Jerman bersama hos Taika Waititi (kiri) dan Rita Ora. - Foto AP
A
A
A

ANUGERAH muzik berprestij, MTV EMA 2023 yang bakal berlangsung di Paris pada bulan depan dibatalkan.

Penganjur anugerah berkata, pembatalan itu bertujuan menghormati situasi semasa perang yang berlaku antara Gaza dan Israel.

Ujar MTV dalam satu kenyataan, ketidaktentuan situasi tersebut menyebabkan perayaan muzik di anugerah itu bukanlah masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

Katanya lagi, perang di Gaza dan Israel telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak dan ketika ini merupakan waktu untuk dunia berkabung dan menghormati situasi semasa yang sedang berlaku.

Bagaimanapun, penganjuran semula anugerah tersebut dijadualkan berlangsung pada November 2024.

Anugerah MTV EMA 2023 menampilkan barisan artis antarabangsa yang tercalon dalam kategori penghasilan video muzik terbaik sepanjang tahun.

Antara calon kategori utama termasuklah, Taylor Swift, Olivia Rodrigo, Bad Bunny dan Foo Fighters.

Swift telah mendahului pencalonan tahun ini dengan tujuh pencalonan, termasuk bagi kategori artis terbaik, lagu terbaik dan video terbaik untuk lagu hitnya "Anti-Hero."

Artikel Berkaitan:

Calon lain termasuk Jung Kook, ahli bintang K-Pop BTS yang juga akan membuat persembahan di acara itu. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!