PBB desak Israel-Hamas kuat kuasa gencatan senjata kemanusiaan 2 minggu

Antonio Guterres
Antonio Guterres
A
A
A

KAHERAH - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mendesak Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata kemanusiaan selama dua minggu.

Tempoh gencatan itu akan membolehkan badan dunia itu mendapatkan akses bahan bakar, bekalan air, makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Desakan tersebut dibuat ketika sidang media bersama Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry di Kaherah.

"Dalam bencana kemanusiaan ini, saya menyeru dua tindakan kemanusiaan segera.

"Kepada Hamas, untuk melepaskan tahanan tanpa syarat dengan segera. Kepada Israel, untuk membenarkan akses kemanusiaan tanpa had dengan segera bagi memberi bantuan keperluan asas penduduk di Gaza," katanya.

Mesir dan Israel pada Rabu, mencapai persetujuan untuk membenarkan bantuan memasuki wilayah Palestin menerusi sempadan Rafah. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!