Empat rumah kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran

No Image Caption
A
A
A

GEORGE TOWN - Sederetan empat rumah kedai dua tingkat termasuk bengkel motosikal, kedai kunci, stor dan premis kosong di Jalan Perak, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Fadli Omar berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.23 malam dan jentera pertama dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, empat unit kedai dua tingkat di situ sedang terbakar dan api marak, pihak kami terus menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal api dari terus merebak ke beberapa premis berdekatan.

"Setiap kedai berkeluasan 300 kaki persegi dan kesemua premis tersebut musnah lebih 90 peratus." katanya ketika dihubungi hari ini.

"Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!