Israel 'tidak bertanggungjawab' letupan hospital di Gaza - Presiden Amerika

Biden
Biden
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Joe Biden mengakui, beliau ‘bersedih’ dengan letupan hospital di Gaza sehingga mengorbankan lebih 500 nyawa rakyat Palestin.

Bagaimanapun, dalam masa sama, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mempertahankan sekutunya dengan mendakwa Israel 'tidak bertanggungjawab' dengan letupan yang berlaku beberapa hari lalu.

"Saya berasa sedih dengan kehilangan nyawa Palestin yang tragis, termasuk letupan di hospital di Gaza, yang bukan dilakukan oleh pihak Israel," katanya dalam kenyataan yang dibuat beliau hari ini.

"Kita bersedih atas setiap nyawa yang hilang. Kita tidak boleh mengabaikan kemanusiaan rakyat Palestin yang hanya ingin hidup dalam aman dan mempunyai peluang." - CNN

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!