Posisi nombor satu Ramsdale 'dirampas' Raya

Ramsdale diletakkan di bangku simpanan Arsenal untuk empat perlawanan terakhir liga dengan peluang diberikan kepada Raya. - Foto Agensi
Ramsdale diletakkan di bangku simpanan Arsenal untuk empat perlawanan terakhir liga dengan peluang diberikan kepada Raya. - Foto Agensi
A
A
A

AARON Ramsdale mengakui berada dalam situasi sukar selepas posisinya sebagai penjaga gol utama Arsenal 'dirampas' David Raya yang hadir ke Emirates sebagai pemain pinjaman dari Brentford sejak Ogos lalu.

Bagaimanapun penjaga gawang berusia 25 tahun itu tetap mempunyai hubungan baik dengan pemain dari Sepanyol tersebut.

“Mungkin kerana kali pertama berlaku, jadi ia agak sukar,” kata Ramsdale.

Ramsdale menjadi pilihan pertama The Gunners untuk mengisi posisi pemain terakhir di benteng sejak menyertai kelab itu pada 2021.

Malah dia beraksi di kesemua 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Bagaimanapun, dia hanya diletakkan di bangku simpanan untuk empat perlawanan terakhir liga dengan peluang diberikan kepada Raya.

David Raya. - Foto Agensi
David Raya. - Foto Agensi

“Apa pun sama ada saya atau David yang beraksi, kami hanya perlu fokus dan bermain tetapi pada masa sama, ia agak pelik.

Artikel Berkaitan:

Kami perlu berdepan dengan situasi ini dan itulah yang kami lakukan.

Kami bekerja secara profesional," katanya.

Ramsdale dipanggil menyertai skuad England kendalian Gareth Southgate untuk perlawanan persahabatan menentang Australia bulan ini dan kelayakan Euro 2024 menentang Itali, namun dia tidak beraksi dalam kedua-dua aksi tersebut.

“Ini kali pertama saya berada dalam situasi seperti ini,” katanya.

Arsenal yang menghuni tempat kedua carta liga akan berkunjung ke Stamford Bridge untuk menentang Chelsea pada Ahad.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!