Lynas Australia umum tutup operasi di Malaysia

Lynas Australia merancang untuk menutup semua operasi di Malaysia kecuali kilang pemprosesan karbonat campuran nadir bumi pada suku Disember tahun ini susulan kejatuhan saham syarikat tersebut. - Gambar hiasan
Lynas Australia merancang untuk menutup semua operasi di Malaysia kecuali kilang pemprosesan karbonat campuran nadir bumi pada suku Disember tahun ini susulan kejatuhan saham syarikat tersebut. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Lynas Rare Earths Ltd (Lynas) Australia merancang untuk menutup semua operasi di Malaysia kecuali kilang pemprosesan karbonat campuran nadir bumi pada suku Disember tahun ini susulan kejatuhan saham syarikat tersebut.

Memetik laporan Reuters, saham syarikat itu jatuh sebanyak 2.7 peratus kepada A$6.24 (RM18.80) dan dicatatkan terendah sejak 3 Mei lalu.

Menurut laporan tersebut, penutupan berkenaan juga susulan daripada keprihatinan dan kebimbangan kerajaan Malaysia berkenaan tahap sinaran radiasi sejak beberapa tahun dahulu.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi amaran tentang dasar mengharamkan eksport nadir bumi.

"Pelaksanaan operasi hiliran Lynas di Malaysia dapat meningkatkan neodymium-praseodymium (NdPr) kira-kira 10,500 tan setahun.

"Peningkatan ini penting bagi operasi kerana syarat yang menghalang pelombong daripada mengimport dan memproses bahan mentah nadir bumi akan dikemas kini pada Januari 2024.

"Ia bagi membolehkan pengimport dapat memproses secara berterusan," katanya pada Jumaat.

Mengulas lanjut, menurut Lynas, pada pertengahan November tahun ini kerja menaik taraf kakitangan terutama untuk membantu pemprosesan nadir bumi di Kalgoorlie, Australia akan bermula sebelum mereka menutup operasi.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, lesen operasi di Malaysia telah dilanjutkan sehingga Januari 2024 namun, permohonan penangguhan dan rayuan pentadbiran termasuk undang-undang akan didengar serta diputuskan pada November.

Sementara itu, Penganalisis Pasaran Kanan di Marcustoday, Henry Jennings berkata, laporan pengeluaran yang sedikit mengecewakan akan menyebabkan banyak isu penyelenggaraan tidak dapat membantu syarikat tersebut.

"Pengeluar nadir bumi terbesar dunia di luar China juga melaporkan penurunan 21.8 peratus dalam hasil jualan suku pertamanya kepada A$128.1 juta dan terlepas anggaran konsensus A$159 juta.

"Pengeluaran NdPr bagi suku tersebut mencapai 1,526 tan oksida nadir bumi (REOt), berbanding 1,045 REOt setahun sebelumnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!