Agong serah rumah Ru'Rasa kepada 16 penerima di Pekan

Al-Sultan Abdullah dan Dr Mubarak Saeed Al Dhaheri meyerahkan kunci rumah Ru'Rasa kepada penerima dalam majlis penyerahan di Kampung Pahang Tua di sini pada Jumaat
Al-Sultan Abdullah dan Dr Mubarak Saeed Al Dhaheri meyerahkan kunci rumah Ru'Rasa kepada penerima dalam majlis penyerahan di Kampung Pahang Tua di sini pada Jumaat
A
A
A

PEKAN - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyerahkan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'Rasa) yang dibina dengan kerjasama kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada 16 penerima di daerah ini pada Jumaat.

Dalam titah ucapannya, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada UAE atas bantuan peruntukan membina rumah untuk golongan memerlukan di negeri ini.

"Semoga projek rumah Ru'Rasa ini akan diteruskan dan bilangannya dapat ditambah pada masa akan datang, " titah Seri Paduka Baginda sempena Majlis Penyerahan Ru'Rasa di Kampung Pahang Tua dan Kampung Bentan di sini.

Hadir sama bakal Duta Besar UAE ke Malaysia, Dr Mubarak Saeed Al Dhaheri.

Al-Sultan Abdullah dan Dr Mubarak Saeed Al Dhaheri meninjau rumah Ru'Rasa yang diserahkan kepada Nor Rafeah pada majlis penyerahan di Kampung Pahang Tua di sini pada Jumaat.
Al-Sultan Abdullah dan Dr Mubarak Saeed Al Dhaheri meninjau rumah Ru'Rasa yang diserahkan kepada Nor Rafeah pada majlis penyerahan di Kampung Pahang Tua di sini pada Jumaat.

Dalam titah baginda, Al-Sultan Abdullah mengingatkan para penerima agar menjaga rumah yang diterima sebaik mungkin.

"Jangan ada niat hendak menjual atau menyewakannya. Guna rumah ini untuk keselesaan keluarga sendiri.

"Saya tidak suka jika ada penerima rumah Ru'Rasa ini berhasrat untuk jual pada masa akan datang," titah Seri Paduka Baginda lagi.

Artikel Berkaitan:

Al-Sultan Abdullah juga berharap agar para penerima bersyukur kerana dapat memiliki sebuah rumah yang selesa.

Sementara itu, salah seorang penerima, Nor Rafeah Mustafa, 41, dari Kampung Pahang Tua di sini bersyukur dan berterima kasih kepada Yang di Pertuan Agong dan kerajaan negeri atas kurniaan rumah Ru'Rasa itu.

Nor Rafeah Mustafa
Nor Rafeah Mustafa

Ibu tunggal itu berkata, sebelum ini dia bersama dua anak lelaki berusia 10 dan 15 tahun menumpang di rumah keluarga.

"Sebagai penerima bantuan e-kasih saya cuba memohon bantuan rumah dan telah terpilih sebagai penerima rumah ini.

"Rumah ini dibina atas tanah keluarga dan ia amat selesa untuk kami bertiga apabila ia dilengkapi tiga bilik," katanya yang bekerja sebagai pembantu gerai.

Nor Rafeah berkata, rumah itu cukup bermakna baginya dan lebih manis lagi ia diserahkan sendiri Yang di-Pertuan Agong.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!