Tahap sejuk beku tempoyak antara faktor menu patin busuk

Pemeriksaan berkala yang dilakukan oleh MPT di premis-premis menjual menu ikan patin di sekitar Temerloh. Gambar kecil: Suris Mihat
Pemeriksaan berkala yang dilakukan oleh MPT di premis-premis menjual menu ikan patin di sekitar Temerloh. Gambar kecil: Suris Mihat
A
A
A

TEMERLOH - Beberapa faktor didakwa menjadi punca masakan patin yang disajikan di premis makanan di sini berbau busuk seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Suris Mihat berkata, berdasarkan laporan awal, penyimpanan yang tidak sempurna termasuk tahap sejuk beku yang tidak mencukupi menyumbang masalah tersebut.

Menurutnya, masalah itu juga berkemungkinan disebabkan kualiti tempoyak yang digunakan dalam masakan juadah ikan patin berkenaan.

"Kadang-kadang bukan semua tempoyak asli, ada yang bercampur dengan bahan-bahan lain.

Jadi kita nasihatkan peniaga menjaga kualiti masakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas Majlis Perasmian Wakaf Istirehat Penghantar Makanan di Jalan Dato Awang Ngah di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan, beberapa pelanggan mendakwa keterujaan mereka untuk menikmati juadah ikan patin di kedai makan di Temerloh baru-baru ini terbantut selepas mendakwa menu popular itu berbau busuk.

Suris menambah, hasil operasi hingga Khamis, beliau memberitahu sebuah kedai makan yang diperiksa kerana didakwa menyajikan masakan patin busuk di daerah ini didapatitidak mempunyai lesen perniagaan sah serta tidak pernah membuat permohonan lesen.

Artikel Berkaitan:

"Kita telah minta mereka ini datang untuk membuat permohonan lesen dan mereka memberi respon yang proaktif bersetuju mengambil lesen.

"Pemilik kedai makan dan pekerja perlu mengambil kad kesihatan atau kad pengendali makanan," katanya yang turut memberitahu terdapat lebih 100 premis menjual menu ikan patin di daerah tersebut.

Sementara itu katanya, pihak MPT akan terus melakukan pemantauan berterusan termasuk di semua kedai yang menyediakan juadah ikan patin dalam memastikan kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

Beliau memberitahu, MPT memandang serius perkara itu dan akan melakukan pemantauan lebih kerap sekurang-kurangya dua kali sebulan berbanding tiga bulan sekali sebelum ini.

"Pengguna boleh mengadu kepada MPT dan ke pejabat Perdagangan Dalam Negeri.

"Dari segi harga MPT tidak ada kuasa tetapi kalau dari segi kualiti dan penyediaan makanan itu di bawah bidang kuasa kita," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!