Angka korban gunung berapi New Zealand meningkat
WELLINGTON - Angka korban akibat gunung berapi Pulau Putih di New Zealand meletus awal bulan ini meningkat kepada 19 orang, lapor agensi berita Xinhua, memetik polis tempatan hari ini.
Menurut polis itu lagi, dua mayat mangsa masih belum ditemui.
Seorang jurucakap polis berkata, laporan mengenai mangsa terakhir yang terkorban di sebuah hospital di Auckland diterima semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Gunung berapi di New Zealand meletus tiba-tiba
Terdapat 14 mangsa di empat hospital di sekitar New Zealand 10 daripadanya masih kritikal, lapor media tempatan.
Pulau Putih, sebuah pulau gunung berapi yang terkenal sebagai destinasi pelancongan, semua aktiviti di pulau berkenaan terpaksa dihentikan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!