Thailand, Malaysia perkukuh kerjasama sempadan

Infrastruktur dan pembangunan baharu di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia akan meningkatkan perdagangan sempadan. - Foto Bernama
Infrastruktur dan pembangunan baharu di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia akan meningkatkan perdagangan sempadan. - Foto Bernama
A
A
A

NARATHIWAT - Thailand dan Malaysia komited untuk mengukuhkan kerjasama dalam pembangunan, keselamatan, perdagangan dan pelaburan di wilayah sempadan selatan Thailand dan negeri-negeri utara Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somsak Thepsuthin yang melawat Kelantan pada Jumaat berkata, terdapat cadangan untuk membina jambatan kedua yang menghubungkan Sungai Kolok, Narathiwat dan Rantau Panjang, Kelantan.

Somsak yang juga Menteri Kehakiman berkata, hasil perbincangannya dengan agensi berkaitan dan sektor swasta, mereka mencadangankan pembukaan pusat makanan halal, hospital swasta baharu dan universiti antarabangsa di wilayah selatan.

"Infrastruktur dan pembangunan baharu di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia akan meningkatkan perdagangan sempadan.

"Saya harap lawatan (ke Kelantan) akan membantu memulihkan hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata, ia merupakan lawatan peringkat tinggi pertama oleh seorang pegawai Thailand dalam tempoh 10 tahun.

Sementara itu, Somsak turut mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengenai kerjasama dalam bidang keselamatan.

"Polis Malaysia berharap dapat mempergiat usaha membanteras penyeludupan pekerja haram dan pengedaran dadah merentas sempadan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!