Banjir kilat: Dua PPS dibuka di Batang Padang, Muallim

Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa banjir di di daerah Batang Padang pada Jumaat. - Foto Awani
Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa banjir di di daerah Batang Padang pada Jumaat. - Foto Awani
A
A
A

SUNGKAI - Dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Batang Padang dan Muallim selepas banjir kilat melanda beberapa kawasan di daerah berkenaan pada Jumaat malam.

PPS pertama dibuka jam 10 malam di Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru bagi menempatkan 54 mangsa dari 11 keluarga dari kampung berkenaan.

Pembukaan PPS itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batang Padang, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori.

Sehubungan itu, beliau meminta semua jabatan dan agensi memberi bantuan serta kerjasama dalam hal tersebut.

PPS kedua pula dibuka di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Trolak pada jam 11 malam bagi menempatkan 13 mangsa daripada tiga buah keluarga.

Pembukaan PPS ini Pengerusi JPBD Muallim, Mohamad Fitri Hassan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, hujan di Kampung Klah Baru telah pun berhenti.

“Namun atas faktor keselamatan, kesemua mangsa akan berada di PPS sehingga keadaan selamat dan banjir surut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, jurucakap Sekreteriat JPBD Muallim memberitahu, kawasan yang dinaiki air ialah di sekitar laluan utama Trolak Pekan. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!