Lilin wangian lima dekad

YANKEE Candle menampilkan semula 25 wangian lilin eksklusif dari tahun 1970 hingga 2000 di Malaysia.
YANKEE Candle menampilkan semula 25 wangian lilin eksklusif dari tahun 1970 hingga 2000 di Malaysia.
A
A
A

KHAS buat penggemar lilin wangian, jenama popular dunia, Yankee Candle menampilkan semula 25 wangian lilin eksklusif dari tahun 1970 hingga 2000 di Malaysia sempena meraikan sambutan jubli emas pada tahun ini.

Kehadiran koleksi lilin wangian tersebut memberi peluang keemasan kepada pengguna tempatan menikmati haruman vintaj berasaskan bunga dan buah-buahan segar.

Antaranya ialah Blueberry, French Vanilla, Spiced Apple, Honeydew Melon, Sugar Plum, Salt Mist Rose, Red Berry & Cedar, Orange Dreamsicle, Pine Cone & Lime.

Kesemua wangian kegemaran dari setiap dekad itu melambangkan usaha berterusan Yankee Candle dalam memberikan para pengguna pengalaman tulen melalui inovasi produk, peningkatan dan perkembangan wangian baharu yang menyeronokkan.

Naib Presiden Pembangunan Pemasaran Antarabangsa Bahagian Home Fragrance di Newell Brand, Christopher Kelly memberitahu, pihaknya sentiasa mencari cari idea baharu yang inovatif bagi membina hubungan kukuh bersama pengguna setia.

"Melihat situasi hari ini yang mana semua memori diabadikan dalam bentuk visual dan digital, maka kami mengambil inisiatif mengembalikan semula cara lama.

"Diharapkan menerusi lilin wangian klasik istimewa ini di pasaran ia dapat menjadi sebahagian peranan untuk mencipta kenangan bersama insan tersayang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!