United tanpa kelibat Shaw hingga November

Luke Shaw - Foto Agensi
Luke Shaw - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN pertahanan Manchester United, Luke Shaw terpaksa melupakan aksi bersama The Red Devils dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sehingga pertengahan November depan akibat kecederaan otot.

Pemain berusia 28 tahun itu sudah tersisih sembilan perlawanan bersama United serta empat aksi England dan jumlah itu akan menokok menjelang jadual yang padat beberapa bulan mendatang.

Benteng The Red Devils turut terkesan setelah seorang lagi pemain pertahanan kanan, Aaron Wan-Bissaka diketepikan kerana kecederaan ketika menentang Brighton pada 18 September lepas.

Justeru, skuad kendalian Erik ten Hag perlu bersedia untuk bermain tujuh kali bermula sekarang sehingga perlawanan bersama skuad kebangsaan England menentang Malta pada 17 November.

“Bagi kecederaan Luke (Shaw) saya tidak jangka dia akan pulih dalam tempoh permainan terdekat ini.

“Begitu juga Aaron Wan-Bissaka, saya tidak fikir dia akan kembali menjalani latihan bersama pasukan dalam masa yang singkat ini,” ujar Ten Hag.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!