Pengasas bersama syarikat penerbangan disambung reman

Polis sebelum ini menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya. Gambar kecil: Ramli
Polis sebelum ini menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya. Gambar kecil: Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar Datuk disambung reman dua hari lagi manakala isteri dan anak lelakinya dibebaskan pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan berkaitan kes terbabit masih dijalankan.

"Suspek berumur 57 tahun itu sebelum ini ditahan bersama isteri dan anak lelaki mereka di sebuah rumah di Shah Alam kira-kira jam 5.30 petang Selasa lalu.

"Suspek bergelar Datuk yang direman empat hari bersama isteri dan anak lelakinya kemudian disambung dua hari reman manakala dua lagi individu dibebaskan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN:Polis tahan pengasas bersama syarikat penerbangan bergelar Datuk

ARTIKEL BERKAITAN:Pengasas bersama syarikat penerbangan, isteri dan anak direman 4 hari

ARTIKEL BERKAITAN:Syarikat penerbangan tambang murah: Polis siasat sumber kewangan

Katanya, JSJK telah mengenal pasti beberapa individu untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Polis menasihatkan agar mereka ini tampil memberikan kerjasama untuk mengelakkan sebarang kesulitan," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga dalam proses membekukan lebih daripada 15 akaun yang berkait dengan individu terlibat dengan kes itu.

Pada Selasa, media tempatan melaporkan penahanan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' serta isteri dan anak lelakinya.

Kesemua suspek itu ditahan bagi membantu siasatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!