Premis proses ayam warga Myanmar diserbu

Ayam hidup di sebuah pusat penyimpanan dan memproses ayam dikendalikan warga Myanmar disita DBKL.
Ayam hidup di sebuah pusat penyimpanan dan memproses ayam dikendalikan warga Myanmar disita DBKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 69 ayam hidup di pusat penyimpanan dan pemprosesan ayam dikendalikan warga Myanmar pada Jumaat.

DBKL berkata, penguatkuasaan tersebut dilakukan menerusi Operasi Tindakan Khas Premis Perniagaan di Pusat Bandar Utara berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Menurutnya, selain pemprosesan ayam, pemeriksaan di sekitar lokasi berkenaan mendapati terdapat tujuh aktiviti perniagaan dikendalikan oleh warga Myanmar itu termasuk jualan sayuran dan buah-buahan.

"Premis-premis ini menimbulkan kacau ganggu awam melibatkan isu kekotoran, halangan laluan / lorong belakang dan bau yang busuk sekitar kawasan.

Ayam hidup di sebuah pusat penyimpanan dan memproses ayam dikendalikan warga Myanmar disita DBKL.
Ayam hidup di sebuah pusat penyimpanan dan memproses ayam dikendalikan warga Myanmar disita DBKL.

"Sebanyak tiga tindakan sita dan pindah barangan telah dibuat melibatkan kesalahan perniagaan di kaki lima premis dan penjaja tanpa lesen terhadap penjaja tersebut," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, tindakan penguatkuasaan dijalankan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Akta Jalan Parit Bangunan 1974.

"Sementara Pegawai Kesihatan DBKL pula, mengeluarkan empat Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi kesalahan menyebabkan kekotoran di tempat awam dan stor penyimpanan ayam hidup tanpa kebenaran.

Artikel Berkaitan:

"Barangan perniagaan dan haiwan yang disita, dihantar ke Setor Sitaan DBKL dan Stor Kawalan Pest JKAS untuk proses dokumentasi lanjut," ujarnya.

Menerusi kenyataan sama, DBKL mengingatkan pemilik premis perniagaan sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen perniagaan yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu di tempat awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!