Hadkan pengunjung ke Pulau Undan, pelihara keunikan terumbu karang

Sebahagian pengamal media melakukan aktiviti laut di Pulau Undan, di sini, pada Sabtu.
Sebahagian pengamal media melakukan aktiviti laut di Pulau Undan, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Perikanan Melaka menghadkan kehadiran pengujung seramai 200 orang sebulan bagi memelihara dan mengekalkan keunikan sumber terumbu karang di perairan Taman Laut Negara, Pulau Undan.

Timbalan pengarahnya, Nawar Abd Karim berkata, langkah itu penting kerana terdapat lebih 260 kepelbagaian spesies biodiversiti marin termasuk spesies terumbu karang seperti MenruutyAcropora SP, Porites SP, Symphyllia SP, Goniopora SP dan Sea Fan.

Nawar
Nawar

Menurutnya, bimbang jumlah pengunjung terlalu ramai akan menyebabkan keadaan itu sukar dikawal sekali gus tidak mustahil akan berlaku kerosakan dan kemusnahan terumbu karang yang kebiasaan boleh ditemui di pulau-pulau pantai timur.

Katanya, kerana itu pihaknya menetapkan pengunjung hanya boleh ke pulau itu dengan menaiki bot-bot milik 25 operator bot yang berdaftar di bawah jabatan terbabit, supaya kehadiran pengunjung benar-benar dapat dikawal.

"Setiap hari penguat kuasa jabatan perikanan akan sentiasa membuat rondaan dan pemantauan di pulau yang telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara termasuk Pulau Dodol dan Pulau Nangka supaya dapat mengawal aktiviti yang dilakukan pengunjung tidak merosakkan khazanah laut yang sedia ada.

"Dari segi kemasukan pengunjung kita pantau kalau bot A membawa 12 orang penumpang, mereka perlu pulang dengan jumlah sama dan galakan pengunjung beraktiviti di pulau ini bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang, dan selepas jam 6 petang memang kita tidak galakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Tanggungjawab Sosial (CSR) dan promosi Taman Laut Melaka bersama Pengamal media di Pulau Besar, di sini, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Pulau-pulau Melaka (MPPM), Azhar Yaacob

Tambahnya, dalam masa juga sedang membuat kajian sama ada jumlah yang dihadkan itu memandai atau boleh ditambah lagi pada pada masa akan datang.

Sementara itu, Azhar berkata selain aktiviti selam skuba atau snorkeling, pengunjung juga berpeluang untuk melihat rumah api pada yang telah dibina pada tahun 1880.

Menurutnya, ini merupakan monumen sejarah yang masih berfungsi dan kini diselia di bawah Jabatan Laut Malaysia.

"Jika ada pengujung berminta boleh diaturkan melawat bangunan itu secara berkala kerana ia tidak dibuka kepada orang ramai sepanjang masa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!