Sempadan Rafah dibuka, bantuan kemanusiaan mula masuk ke Gaza
SEMPADAN Rafah sudah dibuka bagi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan pertama masuk ke Gaza.
Al-Jazeera melaporkan, sebanyak 20 buah trak mengandungi bantuan kemanusiaan telah mula memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir.
Visual dari stesen televisyen Mesir menunjukkan trak tersebut dilihat memasuki Gaza dan kehadiran mereka menjadi tumpuan orang awam yang menyeberangi sempadan itu.
Sempadan itu akhirnya dibuka pada jam 10 pagi waktu tempatan, membolehkan bekalan perubatan dan makanan yang sangat diperlukan penduduk Gaza disalurkan ke sana.
Sebelum ini, kumpulan bantuan telah berulang kali menyifatkan penghantaran 20 trak itu umpama “setitis air di lautan”, memberi isyarat bahawa banyak lagi bantuan bakal tiba. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!