Lelaki Afrika elak jumpa wanita selama 55 tahun
KIGALI - Seorang lelaki Afrika berusia 71 tahun membuat keputusan tinggal di sebuah rumah terpencil yang dikelilingi pagar setinggi 4.5 meter lebih setengah abad, gara-gara takut dengan golongan wanita, lapor Oddity Central.
Ketika berumur 16 tahun, Callitxe Nzamwita memutuskan bahawa ketakutan terhadap wanita tidak boleh dibendung lagi.
Justeru, dia membina sebuah pagar kayu di keliling rumahnya dan tidak keluar dari kediamannya sejak dari itu.
Walaupun bertindak menjauhi diri daripada golongan itu, penduduk tempatan sentiasa menjaganya dan memberi makanan serta pakaian menerusi halaman pagar yang berkunci.
Walaupun Nzamwita tidak pernah membuka pintu untuk orang ramai datang membantunya, dia menggunakan semua apa yang diberikan kepadanya.
"Peliknya, walaupun dia takut wanita, kamilah yang membantunya mendapatkan makanan dan beberapa perkara diperlukannya," kata jirannya.
Apabila anda cuba membantunya, dia tidak membenarkan kami mendekatinya atau bercakap dengannya.
Sebaliknya kami memberitahu sesuatu dan kemudian mencampakkan barangan ke dalam kawasan rumahnya.
Walaupun tidak pernah didianogsis, Nzamwita dipercayai mempunyai penyakit gynophobia iaitu keadaan jarang berlaku dan terlampau takut kepada wanita. - Agensi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!