Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mara final Terbuka Denmark

Zii Jia
Zii Jia
A
A
A

PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan momentum cemerlang apabila mara ke perlawanan akhir Terbuka Denmark.

Dalam aksi separuh akhir di Arena Jyske Bank, Odense, Zii Jia mengesahkan kemaraan selepas menewaskan menewaskan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 21-15, 21-17 dalam aksi 43 minit.

Kemenangan itu membolehkan Zii Jia berdepan pemain China, Weng Hong Yang dalam perlawanan akhir pada Ahad, yang sebelum itu mengambil masa 50 minit untuk menyingkirkan rakan senegara, Shi Yu Qi, 21-19, 21-14.

Turut mara ke perlawanan akhir, beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menyingkirkan cabaran pemain tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Aaron-Wooi Yik
Aaron-Wooi Yik

Aaron-Wooi Yik mengambil masa 56 minit untuk bangkit dari kekalahan set pertama 16-21, untuk menang dua set berikutnya, 21-15, 21-15.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik akan berdepan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana dalam aksi final.

Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana mara selepas menewaskan gandingan senegara, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-11, 16-21, 21-12, dalam aksi 54 minit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!