Zii Jia buru gelaran kedua musim ini

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia
A
A
A

PEMAIN perseorangan profesional negara Lee Zii Jia selangkah untuk melakar kejuaraan kedua musim ini apabila mara ke final Terbuka Denmark 2023 di Odense, pada Sabtu.

Juara Terbuka Artik yang kini menghuni ranking ke-11 dunia itu melangkah ke pusingan akhir selepas menyingkirkan Lee Cheuk Yi dari Hong Kong 21-15, 21-17 di separuh akhir.

Pemain kelahiran Kedah itu akan membuat perhitungan dengan Weng Hongyang dari China yang mengetepikan rakan senegara Shi Yu Qi 21-14, 21-19 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Mengiringi Zii Jia, gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang terpaksa bermandi peluh sebelum mengecewakan wakil tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 21-15, 21-15 untuk mara ke final.

Juara dunia 2022 di ranking keempat itu bakal membuat perhitungan dengan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana bagi memburu gelaran juara Terbuka Denmark. - Bernama.

Artikel Berkaitan: