Pemuda maut motosikal langgar batu pembahagi jalan

Keadaan motosikal ditunggangi mangsa.
Keadaan motosikal ditunggangi mangsa.
A
A
A

KLUANG - Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang terbabas dan melanggar batu pembahagi jalan di Kilometer 17.5 Jalan Benut-Simpang Renggam di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor berkata, kejadian pada jam 1.43 pagi itu hanya melibatkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC.

"Hasil siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa datang dari arah Simpang Renggam menghala ke Benut, Pontian.

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar batu pembahagi jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, Mohd Zamree, 34, yang beralamat di Pontian mengalami cedera dalaman, kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1947.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!